Now Playing Tracks

whatpath:

5 pillars of Islam

1. Shahadah: Declaration of faith: “I bear witness there is no god but Allah, and that Prophet Muhammad (sws) is his messenger.”

2. Salat: 5 daily prayers

3. Zakat: 2.5% of a Muslim’s personal wealth must go to the poor and needy every year

4. Sawm: Fasting (i.e. during Ramadan)

5. Hajj: Pilgrimage to Makkah if one is able to financially and physically.

(Source: greenstar16)

Selalulah berdoa memohon agar Allah menetapkan bolak-balik jantung hati kita ini di atas jalan ketaatan kepada-Nya.

Sebab itulah namanya dalam bahasa Arab qalb. Qalb itu kalau diterbitkan dari kata kerja (fi’il) menjadi qalaba iaitu bertukar-tukar, berbolak-balik.

Kerana mudahnya berbolak-balik inilah, terkadang kita merasa begitu bersemangat untuk melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah, tetapi esok mungkin pula semangat itu telah luntur bahkan mungkin hilang terus rasa ghairah untuk melakukan kebaikan.

Di pagi menjadi hamba Allah yang bersyukur, di petang hari menjadi kufur. Di petang hari menjadi hamba Allah yang bersyukur, tetapi di pagi hari esoknya mula kufur menjadi lalai dan alpa kepada Allah.

~Ya muqallibal qulub, tsabbit qalbi ala dinik.~

“Wahai (Rabb) yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” [HR Tirmizi]

Di zaman fitnah yang banyak menggugat hati ini, selalulah berdoa agar Allah menetapkan hati kita di atas ketaatan kepada-Nya.

Kerana kita bimbang berada di dalam agama-Nya, tetapi kita tidak lagi taat kepada-Nya.

(via thethoughtcupboard)

Aku bahagia mendengar suara ibuku
meski jauh beribu batu.
terpisah jarak dan waktu
bila mana waktu ku tamu
suaranya tetap lembut begitu..

Oh,. sekelip mata ku pejam
membayang saat hidup tanpanya.
sebak penuh di dada..
Mana mungkin akan ku temu
Doa restu dalam hidupku

Berkat hidup dengan doamu
Mak..
saya ini jauh dari pandangan matamu
tapi tak pernah jauh dari kalbumu..

Mak.
saya rindukan mak..
Moga mak baik-baik saja
Moga mak sihat-sihat saja..
Moga Allaah berikan masa
untuk anakmu ini tiba
Bersama-sama berpuasa
dan menyambut hari raya…

Allaah..
Doaku pada ibuku..
Yang lelahnya dia lalu
Aku mahu ibuku
Di ampunkan dosanya yang lalu
Berkati kehidupannya selalu
ENGKAU rahmati dan kasihani ibu bapaku
Seperti mana mereka mengasihi aku sewaktu kecil

Mak..
Sunggih ada bicara luka
Maafkan anakmu
Aku ingin mak tahu
Aku bukan seperti dulu
Aku anak yang kini
belajar mengenal agama
Agar kita bisa ketemu di
SYURGA..

~Nor Abdullah
~Jeddah.18/5/2013
~Nukilan buat Mak.
~Salabiah Hj Tan Jali~



Teringat perbualan saya dengan seorang kakak suatu masa dahulu. 

“Kak, saya letihlah kak. Dengan dunia ni. Bila kita boleh rehat?”

“Sabar ya dik. Kita rehat dalam kubur nanti ya.”

Dan hari ini kata-kata seorang sahabat membuat saya tersenyum lagi. Katanya, “Saya nak rehat. Dari dunia ni. Saya rindukan alam semulajadi. Rindu bunyi unggas. Bunyi pantai.”

“Awak, itulah cita-cita setiap hati yang merindukanNya. Dunia ini bukan tempat kitapun sebenarnya. Ada kampung yang lagi indah. Bercita-citalah untuk balik ke kampung ‘sana’ itu.”

Sampai suatu masa, kita memang akan merasa letih dengan dunia ini. Bukan jasad kita yang letih sebenarnya, tetapi hati kitalah yang letih. Letih dengan karenah-karenah dunia yang sering memujuk rayu dan menipu.

Namun, sebelum berhasil untuk keluar daripada dunia itu, kita perlulah ‘bekerja’ terlebih dahulu.

Seperti seorang yang bekerja makan gaji. Berpuluh-puluh tahun dia bekerja. Bukan dia tidak mahu bersara, bahkan itulah cita-citanya yang paling utama. Iaitu mahu berehat, kerana dia sebenarnya sudah malas, jemu dan penat sekali dengan bekerja. Tetapi kenapa walaupun begitu, dia tetap juga bekerja? Kerana dia mahu mengumpul harta untuk memastikan hidupnya senang selepas dia bersara nanti.

Begitulah tamsilannya dengan kehidupan kita di dunia ini. Kita perlu bekerja keras untuk mengumpul harta demi masa depan kita selepas kita ‘bersara’ dari kehidupan ini nanti. Jadi walau letih dan penat bagaimana sekalipun kita rasa, kita tetap harus ‘bekerja’. 

Bekerja untuk siapa? Bekerja untuk Allah. Bekerja demi memastikan cita-cita kita yang paling utama itu akan tercapai jua suatu hari nanti. Cita-cita untuk berehat. Bersara. Dan bertemu dengan Majikan kita itu. :’)

Catatan CikBeah pada CiKNor ( saya) 
Allaah.. aku sayang pada sahabatku ini kerana Allaah Taala..
:’)

Selamat Hari Cikgu pada semua pendidik~ 



Ke pasar tani membeli ciku,
Lalu singgah kedai Maru,
Terima kasih wahai Cikgu,
Jasa budimu ku kenang selalu.

Semoga Allaah SWT berkati ilm’ yang mereka curahkan.
Moga kita semua menjadi pendidik pada setiap generasi islam akan datang..

Dan cikgu yang paling besar dalam hidup kita.. yang kita perlu contohi tidak lain tidak bukan. Nabi Muhammad SAW. Padanya adalah ikutan.Bagindalah guru kita.. Ya MUALLIM . 
Solli ‘alan Nabiy..
To Tumblr, Love Pixel Union